Pada pendapat saya, persembahan mereka semalam amat mengagumkan sampai naik bulu roma dibuatnya. Apa lagi persembhana classicial Mek Mulung yang didendangkan oleh Datuk Syafinaz Selamat yang merupakan salah seorang guru vokal yang handal di Malaysia. Lontaran suara oleh Datuk Syafinaz amat membuatkan saya rasa bermotivasi untuk menyanyi seperti beliau. Saya tidak nafikan kehebatan Datuk Syafinaz yang mempunyai vocal range yang luar biasa. Suara peserta koir yang turut membuat persembahan semalam juga tidak kurang hebatnya. Menurut guru vokal koir kami, untuk menyertai Koir Kebangsaan Malaysia ini, mereka harus menjalani ujibakat terdahulu, di mana akan ada interview session bagi memastikan setiap peserta mampu membaca note dengan baik. Untuk pengetahuan anda juga, menyanyi juga memerlukan pembacaan dari segi note pada baluk. Dengan pembacaan sebegini, asas nyanyian dapat diperlihatkan dengan lebih terperinci. Oleh itu, mereka yang terlibat dengan Koir Kebangsaan Malaysia ini bukanlah calang-calang orangnya. Mereka juga bukan buta muzik.
Kami
telah tiba di RTM Angkasapuri agak-agak dalam pukul 6 petang. Sebelum konsert
bermula, kami berbaris untuk bersedia masuk ke dalam auditiorium tersebut.
Kelihatan ramai yang hadir ke Koir Kebangsaan Malaysia kelmarin. Mengikut salah
seorang daripada peserta koir tersebut, tahun ini (2018) merupakan tahun
terakhir koir ini akan berlangsung. Untuk pengetahuan anda, konsert
ini berlangsung pada 2 hari, iaitu 17 November 2018 dan 18 November 2018. Konsert Koir Kebangsaan Malaysia ini
akan ditayangkan pada minggu hadapan, hari selasa, saluran TV2 pada pukul 10:30
malam. Koir Kebangsaan Malaysia ini telah mendendangkan sebanyak 9 genre lagu,
seperti dangdut, jazz dan sebagainya. Konsert ini telah menghimpunkan
koleksi persembahan terbaik KKM sejak tahun 2009. Antara lagu yang
dipersembahkan adalah Salam Terakhir, Toyol, The Phantom Of The Opera,
Balleilakka, Bohemian Rhapsody, Bring Me To Life, Azizah, Ali Baba Medley, Kopi
Dangdut, Shah Rukh Khan Blocbuster Medley, Jong Jong Inai, Iboq dan banyak
lagi. Juga satu lagu bonus (komposisi baru) iaitu Mek Mulung. Selain itu, Koir
Kebangsaan Malaysia ini adalah dibawah pimpinan Datuk Syafinaz Selamat.
Setelah menghadiri konsert ini semalam, aku
telah mempelajari banyak perkara secara tidak langsung. Contohnya, setelah
melihat cara nyanyian Datuk Syafinaz Selamat semalam, beliau sangat tenang
melontarkan suara sopranonya. Teknik nyanyiannya yang pandai mengawal suaranya
itu amat amat menyentuh perasaanku. Bukan itu sahaja, peserta yang terlibat
dalam koir itu, mereka bukan sahaja menyanyi tetapi juga menari. Berdasarkan
apa yang dipersembahkan semalam, aku dapat lihat cara penafasan mereka cukup
bagus dan lontaran suara mereka tidak tenggelam walaupun tarian mereka agak
berat bagi menyanyikan beberapa buah lagu yang agak mencabar.
Selepas konsert itu selesai, aku sempat
berjumpa dengan Datuk Syafinaz Selamat. Beliau sememangnya seorang yang sangat
rendah diri. Sewaktu aku kecil dahulu, aku gemar menonton Akademi Fantasia dan
tanggapanku terhadap Datuk Syafinaz adalah beliau seorang yang sangat garang.
Tetapi, setelah aku berjumpa dengannya semalam, tidak ku sangka, beliau sangat
lembut dan sopan orangnya. Sudahlah, merdu suaranya, cantik tahap primadona
pula! Aku juga sempat mengajak beliau untuk mengambil gambar. Walaupun ramai
yang mengajak beliau untuk mengambil gambar, sekalipun beliau tidak mengeluh.
Aku sangat mengagumi beliau.




No comments:
Post a Comment